Skip to main content

Research & Innovation, School of Medical Sciences

MEET & GREAT RESEARCH CLUSTER - NEUROSCIENCES, MENTAL HEALTH & REHABILITATION

MEET & GREAT RESEARCH CLUSTER - NEUROSCIENCES, MENTAL HEALTH & REHABILITATION


5 SEPTEMBER 2024, BILIK TUTORIAL A, PPSP – Satu perjumpaan kluster penyelidikan bagi Kluster Neurosciences, Mental Health & Rehabilitation telah berjaya dilangsungkan pada 5 September yang lalu. Program tersebut yang melibatkan seramai lebih kurang 20 orang adalah bertujuan untuk merancang aktiviti kluster penyelidikan. Prof. Madya Dr. Asrenee Ab Razak selaku ketua bagi kluster penyelidikan Neurosciences, Mental Health & Rehabilitation turut hadir bagi menjayakan perancangan aktiviti kluster penyelidikan ini.

WORKSHOP ON SYSTEMATIC REVIEW AND META ANALYSIS: TRAIN THE TRAINER

WORKSHOP ON SYSTEMATIC REVIEW AND META ANALYSIS: TRAIN THE TRAINER


8 SEPTEMBER 2024, BILIK PERSIDANGAN, PPSP – Pada 8 September 2024 yang lalu, telah berlangsungnya program Workshop On Systematic Review And Meta Analysis: Train The Trainer. Program ini bertujuan untuk melatih staf akademik/ penyelidik muda yang berminat dalam kajian SRMA dan menyediakan ‘POOL’ penyelidik yang mahir dalam penyelidikan & Analisis SRMA. Seterusnya, dapat meningkatkan jumlah penerbitan/ artikel berkaitan SRMA. Turut hadir, Prof. Madya Dr. Asrenee Ab Razak, Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi memberi ucapan alu-aluan.

Speaker:

  1. Prof. Madya Datin Dr. Norhayati Mohd Noor – Introduction and outlines of the Training of the Trainer Workshop
  2. Prof. Madya Dr. Najib Majdi Yaacob – Introduction to Systematic Review and Meta-analysis
  3. Prof. Madya Dr. Najib Majdi Yaacob – Formulating Research Questions and Developing Protocols

AUDIT PENSIJILAN SEMULA MS ISO 9001:2015 PPSP OLEH SIRIM QAS

AUDIT PENSIJILAN SEMULA MS ISO 9001:2015 PPSP OLEH SIRIM QAS


25 OGOS 2024, BILIK PERSIDANGAN, PPSP – Audit Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015 PPSP Oleh SIRIM QAS telah diadakan selama tiga (3) hari bermula 25 Ogos 2024 sehingga 27 Ogos 2024 yang melibatkan 15 jabatan di Pusat Pengajian Sains Perubatan. Mesyuarat pembukaan telah berlangsung pada 25 ogos 2024 di dan seterusnya dimulai dengan Bahagian Penyelidikan & Inovasi. Antara jabatan yang terpilih untuk diaudit ialah Bahagian Penyelidikan & Inovasi, Pejabat Pentadbiran dan Bahagian Akademik. Proses pengauditan tersebut berjalan dengan lancar sehingga tamat.

MESYUARAT KOLABORASI PENYELIDIK USM DAN SEL STEM CELL 101 INTERNATIONAL SDN. BHD.

MESYUARAT KOLABORASI PENYELIDIK USM DAN SEL STEM CELL 101 INTERNATIONAL SDN. BHD.


5 SEPTEMBER 2024, BILIK PERSIDANGAN PPSP – Baru-baru ini, Universiti Sains Malaysia telah menerima kunjungan daripada jawatankuasa Sel Stem Cell 101 International Sdn. Bhd. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membina satu kolaborasi antara para penyelidik Universiti Sains Malaysia dan Sel Stem Cell 101 International Sdn. Bhd.

Mesyuarat tersebut dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Prof. Madya Dr. Asrenee Ab Razak selaku Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi, PPSP dan diketuai oleh Dr. Mohd Nor Azim Ab Patar selaku Ketua Penyelidik USM. Mesyuarat diteruskan dengan sesi perbincangan dan seterusnya tamat pada jam 12 tengah hari.