Skip to main content

Research & Innovation, School of Medical Sciences

Geran Penyelidikan Perubatan (GPP) 2025


Geran Kompetitif Dalaman PPSP telah mula diwujudkan pada tahun 2020 dengan nama Geran Insentif Pembangunan Siswazah (GIPS) yang ditawarkan kepada staf akademik/ penyelia yang mempunyai pelajar pasca siswazah Doktor Falsafah (PhD). Pada asalnya geran ini ditawarkan bagi memenuhi keperluan pelajar ijazah tinggi mod penyelidikan yang memerlukan dana penyelidikan bagi menghasilkan penyelidikan yang berimpak tinggi.

Dengan keperluan semasa PPSP yang mempunyai ramai staf akademik yang juga menjalankan penyelidikan klinikal berimpak tinggi, PPSP mencadang agar geran ini turut dibuka kepada pensyarah klinikal dan dinamakan sebagai Geran Penyelidikan Perubatan 2025 (GPP 2025).

Geran ini ditawarkan kepada semua staf akademik yang mempunyai pelajar ijazah tinggi peringkat MSc dan Phd (mod penyelidikan dan mod campuran) dan juga kepada staf akademik klinikal yang berimpak tinggi bagi menjalankan penyelidikan seterusnya meningkatkan output penerbitan yang berimpak tinggi melibatkan pelajar Sarjana Perubatan (Mmed), Doktor Kesihatan Awam (DrPh), Mod Kerja Kursus (Coursework Mode) dan Mod Campuran (Mixed Mode).

Setiap permohonan akan melalui peringkat penilaian oleh Ahli Jawatankuasa Penyelidikan yang dilantik di peringkat PTJ terlebih dahulu. Permohonan hendaklah diisi menggunakan borang permohonan ini :

Setiap permohonan hendaklah dihantar ke Bahagian Penyelidikan & Inovasi, Pusat Pengajian Sains Perubatan selewat-lewatnya pada 20 April 2025 secara softcopy melalui emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. . Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pn. Wan Roslizawane Wan Yusuf (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) ext. 6066 atau Cik Nurkhalisya Widad Mohd Ruslan (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) ext. 6063.