Skip to main content

Research & Innovation, School of Medical Sciences

Bengkel Pemantapan Staf Pengurusan & Sokongan Penyelidikan

Team Building R&I Dan CRL

23 & 24 Ogos 2024, NKS Chalet, Kampung Beting Lintang, Besut, Terengganu - Bahagian Penyelidikan & Inovasi (R&I) dan Makmal Penyelidikan Pusat (CRL) telah mengadakan Bengkel Pemantapan Staf Pengurusan & Sokongan Penyelidikan – Team Building R&I dan CRL bertempat di NKS Chalet, Kampung Beting Lintang, Besut, Terengganu. Seramai 23 orang staf yang terlibat dalam menjayakan program ini. Turut hadir, Prof. Madya Dr. Asrenee selaku Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi merangkap Penasihat bagi bengkel pemantapan tersebut.

Bengkel yang diadakan selama 2 hari 1 malam ini adalah bertujuan untuk memantapkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan staf pengurusan dan sokongan penyelidikan di Pusat Pengajian Sains Perubatan. Program ini juga bermatlamat untuk memupuk semangat berpasukan (team work) yang padu dan membangun kecekapan dalam kalangan staf seterusnya dapat melonjakkan tahap indeks kesejahteraan staf dan menyumbang kepada peningkatan produktiviti. Staf yang berdedikasi, komited dan produktif amat diperlukan dalam menjalankan tugas rutin bagi bersama-sama menjayakan aspirasi pihak pengurusan PPSP dan USM amnya.