SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI R&I DAN CRL
30 APRIL 2024, RESEARCH LOUNGE, PPSP – Seramai 150 orang kakitangan Pusat Pengajian Sains Perubatan telah dijemput bagi bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Bahagian Penyelidikan & Inovasi dan Makmal Penyelidikan Pusat, PPSP. Turut hadir dif-dif kehormat, Prof. Dr. Abdul Razak Sulaiman (Dekan, PPSP), Prof. Dr. Kamarul Aryffin Baharuddin (Timbalan Dekan Akademik, Kerjaya & Antarabangsa), Prof. Madya Dr. Asrenee Ab Razak (Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi), Prof. Dr. Irfan Mohamad (Timbalan Dekan Siswazah dan Latihan Ikhtisas) dan Prof. Dr. Wan Hazabbah Wan Hitam (Timbalan Dekan Libatsama Industri – Komuniti & Pembangunan).
Pelbagai jenis juadah raya disediakan pada sambutan tersebut antara yang menjadi tarikan para tetamu ialah Nasi Dagang, Bihun Soto, Mi Kari, Satay dan lain-lain. Tidak lupa juga kuih-muih tradisional seperti Tepung Pelita, Kasui, aneka agar-agar juga disediakan.